Wednesday, November 30, 2011

traffic light.



confess.

one message received:



"awak,kalo awk dh putus bg la tahu sy dengan jujur, sy nk dengar pengakuan dr awak, sebab penantian saya masih belum berakhir"





mesej dibiarkan sepi tanpa berbalas~


p/s: kalau la semudah itu...

Tuesday, November 29, 2011

i'll be there.


A Friend's Love says:
" If you ever need anything,
I'll be there."

True Love says:
" You'll never need anything;
I'll be there."

- Jimi Hollemans –

Sunday, November 27, 2011

1433H



salam maal hijrah semua..
buang yang keruh ambil yang jernih..
semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...



azam tahun lepas bawak lagi ke tahun ni..pakai balik azam lama.so xde azam baru. heeee.... insyaAllah sentiasa berusaha ke arah yg lebih baik..amin :)

Saturday, November 26, 2011

fully booked.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

semakin umur menganjak ke dunia yang lebih dewasa (tua :p) semakin banyak la jemputan kawen yang saya terima daripada kawan2...tahun lpas dan tahun ni memecah rekod jemputan yg terbanyak sekali yg saya terima..trmsuk la drpd sepupu,sedara2 dan kawan terdekat..yela.mungkin masing2 dh maklum,umur sebegini dh sampai seru nk kawen.hikhikhik..saya bila lg? :p



bulan 11 dan 12 memg rasanya saya ni fully booked..insyaAllah kalau xde pape halangan,akan sampai la ke mjlis2 sahabat :)


yela..semakin lama jgk kawan semakin bertambah..kawan universiti,kawan kerja,kawan serumah...masing2 duk different state tu yg kdg2 ada yg xdpt attend..mgkin clash ngn waktu..sori kawan2 :(..but i try my best tuk attend..

owh yer..dan untuk sekian kalinya, one of my bff daripada group SHIFA (saadah,husna,ili,fatonah,ainul) iaitu Ainul,memcah tradisi group bujang kami dimana beliau akan bernikah hari ini pd waktu ptg nnt.dan harus la kami semua berada disampingnya..mklum la.jmputan dr bff mst jmputn VVIP ;p

last week,kami ada berborak bersama2 masa mnghdri knduri kawan2 sek yg sama..tiba2 masing2 luahkn perasaan sedih..xtau npe..mgkin sedih berbaur gembira..mgkin sdih berbaur terharu..yela..akhirnya kawan kami nk menamatkn zaman bujang..sape x sedih..dlu segala2 activit,outing,dating,gossip,fighting since secondary school lg..so mgkin la rs sedih..its normal feeling rite?

ainul..my beautiful friend :)

pape pun ainul,all da best on ur wedding..semoga berbhgia pada hari pernikahan..k la.nk siap cpt.nk blik kg.ptg kang nk tgok ainul nikah.bye semua.happy weekend :)

Friday, November 25, 2011

surat jodoh.




25 November 2011


kepada,

Encik jodoh..
tidak kira siapa pun anda, bagaimanakah anda, tidak kira
dimana jua anda berada...bolehkah anda datang secepat
yang mungkin?



daripada,

cik jodoh.





p/s: tormented. :(

Thursday, November 24, 2011

try and error.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

mlm td roomate mtk buatkn ketupat menggunakan reben..katanya nak wat peraduan membuat ketupat kt booth dier sempena minggu festival bagi faculty of law.oh yer.lupa nk bgtau.rumate saya budak law :)..so dier mtk saya design beberapa cth ketupat tuk dbuat contoh..tp saya tau 3 jenis jer,ketupat biasa,ketupat bawang dan ketupat sate.ketupat palas saya xtau plak.sorry :D



ni ketupat bawang.bentuk dier macam bawang.he


ni ketupat biasa.xtau nm lainnya.mlm td rumate ada sebut tp lpe plak.ngeee


ni ketupat sate.bentuknya penyek sikit berbanding ketupat biasa. :D

roomate ajak join dtg pergi peraduan anyaman ni.tp segan plak..he..segan nk g faculty law..ehem2..best buat ketupat ni.sian rumate nk buat ketupat xmenjadi.yela...reben kan licin..so agak mencabar skit ler..tp xpe,yg penting try and error :)

Wednesday, November 23, 2011

usaha.








jodoh yg baik.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah. Pertemukanlah diriku ini dgn seseorg yg mempunyai fikrah yg sama denganku, yang dpt menerima segal kekurangan yg ada pada diriku dengan redhanya hanya keranaMu, yg mempunya sifat2 mahmudah yg dpt kujadikannya sebagai ‘role-model’ ku, yg mempunyai matlamat hidup yg sama denganku yakni untuk mencari redhaMu, yg mengasihi dan mencintaiku keranaMu dan mampu membimbing diriku ini ke jalanMu yang benar.moga juga ya Allah, agar engkau dpt mengisi hatiku yg sunyi ini dengan cintaMu ya Allah dan meningkatkan kesabaran dan ketenangan kpd diriku dlm menanti pertemuanku dengan jodohku yg sebenar, InsyaAllah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba2Mu…


Doa cepat bertemu jodoh yg baik:

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


Ertinya: ‘”Ya Tuhanku,janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan), dan Engkaulah pewaris yang paling baik”. (QS. Al-Anbiya’:89).


my twin, Nadhrah :)

TQ so much to Nadhrah kerana memberi doa ini. InsyaAllah akn diamalkan :)..heee..rindu kamu sesangat..oh ye.btw,mcm mn ur love story?.xsbr nk dgr progress :)

Wednesday, November 16, 2011

seadanya.




tidak perlu teman seindah SULAIMAN, jika diri tidak secantik BALQIS..
mengapa mendamba teman sesempurna RASULLULAH SAW, jika diri tidak seistimewa KHADIJAH..
tidak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah seorang teman yang menjadikan kita SEMPURNA bila bersama..




pic sumber drpd google :)



Tuesday, November 15, 2011

ubat.

bila rasa tertekan,frust,sedih,burden,ni la penawar saya.muahahhahaha :D


dark chocolate :p


beryl's dark chocolate.addicted! c(:

baru beli dh half.well.chocolate lover memg camni ..hee


p/s:life getting harder..grrrrrr


option vs priority.



"sending a girl or boy a text that says 'good morning' can change her attitude for the whole day."


owhhhhh..ptt la saya rasa bersemangat jer harini.pagi tadi dpt wish morning dari someone.tu yg brsemangat tu...ngeee...dh lama sangat tak dpt wish morning dr sapa2..ececeh...tQ pd yg wish..sok wish lagi.hehee.. :)




p/s: let it go?hmm..

Monday, November 14, 2011

last but not least.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..semalam sudah tamat workshop parenting and child management tp tak sempat nak update sebab keletihan..dan hari ini terus sambung kelas bagi sem yang baru,sem 2..

tajuk last slot smlm adalh lebih kepada Islamic parenting, managing conflict husband and wife dan communication skills..dan Alhamdulillah,memg byk ilmu yg bermanfaat kami suma dpt semalam..most of my friends ckp memg tak rugi join workshop ni...ada yg siap nk bwk husband,fiance and their loved one untuk dengar bersama2..memg kami suka sangat la dengan bengkel ni walaupun keletihan..ngeee~

dan persolan yg pling banyak dtanya semalam antaranya nusyuz, dharar, syiqaq, fasakh,khuluq dan zihar..persoalan lain pun ada juga..tapi yg ni byk kekeliruan,so ustaz tu explain one by one.sabar jela..hehe..


antara sebahagian coursemate..

sleepy but steady.. :p

khusyuk kononnya la..hee

one of the motivator...


yatt,zila n puan mell after hbs program..


best! :)



"wahai tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:penyejuk mata (perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya),dan jadikanlah bagi kami imam/ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

(Al-furqan:74)



"dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya,bahwa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki,isteri-isteri dari jenis kamu sendiri.supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir"

(Ar-Rum:21)





Saturday, November 12, 2011

anak.

bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah.hari kedua workshop berjalan dengan lancar.slot yang sangat menarik,tertarik da bomb :p..cuma hari ni terasa letih sedikit sbb hbs lewat smpi kul 7..hee..slot hari ni masih kekal bab perkahwinan tapi lebih ditekankan child management.best sgt slot child management.sekarang baru saya tau nape certain2 umur,kanak2 act like this and like that.haha..

saya nk refleks sedikit apa yg saya dpt dr workshop td.sebagai ibu bapa harus peka dengan perkembangan dan ransangan anak2..setiap peringkat umur,kanak2 perlu ada ransangan bagi ibu bapa dapat kenal pasti sama ada anak itu normal atau sebalinya..jadi,sekiranya tindakbalas pada satu2 tahap tidak dapat dicapai oleh anak2,mungkin there is something wrong with the child...jadi,ibu bapa perlu alert dengan perkembangan anak2..

lagi satu yang saya tertarik,seawal anak dari lahir hgga usia mencecah 7 tahun,ibu bapa perlu manjakan mereka.berikan kasih sayang sepenuhnya..7 tahun berikutnya,ibu bapa perlu disiplinkan anak2,disini kalau nak didik anak mengenai solat,halal haram,aurat dan sebagainya sangat digalakkan.dan 7 tahun berikutnya, parents have to treat children as a friend..peranan ibu bapa disini seperti mendengar masalah peribadi anak2,mendengar kisah cinta mereka,persahabatan mereka and so on...amacam??ada gaya keibuan tak?pasni i dh bole jadi ibu tak??yela...sebab dah tau ilmu anak2 and cara2 nak manage anak :p (perasan lagi).

tadi ada ditunjukkan satu movie.relate dngn child management.and guess what?movie ni best!and i learnt something from it :)..tajuk movie ni "baby and me"..baby mason sgt laaa cute...tetbe rasa nak ada baby sendiri.hhehehee..kalo dapat mcm baby mason ni,alahai.....~



baby and me :)
sesuai gak tuk puan ziha menonton ni.anda pasti suka :)



oh ya.tadi kami balik hampir kul 7mlm..kebetuln saya,zila dan yatt sahaja melalui bangunan kuliah,berjalan kaki untuk balik ke bilik.jalan punya jalan dalam building,kami xjmpa jalan keluar.pelik.padahal memg e2 laluannya.jalan lagi and lagi,jmpa dinding,xde pintu tembus keluar.bertambah pelik.kami rs semacam.saya cuba mengingati jalan sbb memg konfiden yg e2 jalan kami lalu ms dtg."oh.yela.kan maghrib ni" yat bersuara..pastu dngn mulut terkumat kamit,langkah kaki kami lajukan. :D

Alhamdulillah,kami jmpa jln keluar dan azan maghrib berkumandang..dan yg pliknya,jln yg sepatuttnya pintu keluar tu,masa mula2 kami lihat adalah toilet and dinding.xde tembus keluar.pelik.saya ingtkn sy je perasan cmtu,rupanya yatt pun sama...ermm..tp xtau la kami silap pandang ker or salah fhm ker..maklum la..bdk baru di uia ni kan. :)..pape pun saya rasa nk buat request kat mangement la.kalau ada pape program jgn la smpi maghrib..bila dh mlm xnmpk jln nnt :D (penakot sebenarnya c(:



p/s:every second keep reminding myself 'senyumlah'

Friday, November 11, 2011

workshop.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

FAMILY MANaGEMENT AND PARENTING WORKSHOP

yup.today is the 1st day workshop ni.ada lg 2 hari..well,saya pun tak tahu menahu workshop ni kaitannya dengan teaching.hee..workshop ni ada byak slot dan ada ramai penceramah trmasuk jugak doktor medic.dan most all the penceramah akan cakap workshop ini lbh kurang kursus pra-perkahwinan.wah!kalau camtu lepas habis workshop pd hari ahad nnt boleh terus kahwin c(=

actually,sy lum lagi pergi kursus kahwin.so saya tanya kawan2 yg sudah pergi tu,mcm ni jgk ker kursus kahwin?and they said yes,almost the same..owh..ok.walaupun baru sehari, saya rasa workshop ni best.tak jelas saya terus tanya soalan.amboi husna,bab kahwin jer bersemangat.hehik :p

saya sebenarnya ada reason nape tak ambil kursus kahwin lg.masa di UKM dulu,memg banyak kursus kahwin dianjurkan,nak tak nak sahaja.bayaran pulak berbaloi RM25 shj.untung kan.tp tula saya rugi tak pergi sebab......ehem...sebabnya masa tu dalam hati saya niat nak pergi kursus kahwin bersama pasangan saya.saya nak kami sama2 dengar apa yg penceramah sampaikan.sama2 dengar,sama2 faham,sama2 jelas...sweet kan saya (perasan ;p)

tapi itu suma cerita dulu la.sekarang ni rasa rugi plak tak pergi dulu.haishh..tapi tak mengapa.ada masa lagi..lum nk kahwin lagi pun..lum ada tanda2 nk kahwin lagi...haha..tp tak tau la plak tiba2 ada orang ajak kahwin kan (berangan)..hehhee.gedik :p

ok la.nak tido dh.sok seharian smpi kul 6.45pm.xpe.demi kursus kahwin i rela :D




p/s:ada sesuatu yg mengusik jiwa..its ok.ur happiness my happiness too.redha :')

teringat.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

saat ini sedang rehat drpd bengkel sisipan KPM..bagi ruang pd kaum adam untuk melaksanakan solat jumaat..td rehat kul 12 dan akan sambung bengkel semula kul 3 ptg..so,saya,mell,zila dan yatt bercadang untuk balik bilik and rehat2.. :D

masa sampai di parking lot,ada sebuah kereta satria putih masuk dlm perkarangan mahallah kami.pastu dia keluar dari kereta.lelaki.terus tuju ke zila. "mintak tolong bole x?tolong hantarkan barang ni pd blok ni and no bilik ni" sambil tunjuk sekeping note yg tertera nama perempuan beserta alamat bilik.laki tu bawa gift and mcDonald u ols. jeles gitew :D.pastu dia siap nak bagi upah pd zila Rm10.zila dengan baik hati menolak tawaran itu.ecececeh :D

pastu saya pun teman zila hantar barang tersebut ke bilik yg diminta.sambil tu dok pikir2,"mesti awek dia ni merajuk kan".. pastu dah sampai bilik tersebut,kami pun bagi salam and bertanya empunya nama yg tertulis pada note.tuan punya badan nampak tercengang2 "eh,apa ni?eh sapa bg ni?" so,we ols pun citer la ada sorg jejaka ni bla...bla..bla....nek satria putih..bla..bla..bla.. so dr reaction gadis ni memg nampak la yg dia x tahu menahu pasal benda ni.nk kata merajuk macam xjgk.memg muka blur habis.kikikiki.

so pas htr barang kami pun beredar.saya and zila tersenyum2..."teringat plak ak kat tuuuuuttttttt.dulu mcm ni jgk,suka wat surprise" kata zila. "eh,ak pun sama.teringt kt tuttt..sama mcm tuttttttt dulu2" kata saya."dah2.xpyh nk ingat" kata saya sambil2 gelak2..kami berdua tahu kisah silam cinta memasing.xde selindungkadang2 "aku rasa apa yg ko rasa",ak rasa sakitnya yg ko rasa" bila kami sesi hati ke hati.hehehe.

sy cita ni bukan nak ingat kenangan lalu,nk bersedih2 nak berduka2.eh,tidak.Alhamdulillah..kami dh let it go kot suma2 tu.yeke?yela...insyaAllah :) cuma,well kadang2 mende ni kita xnk ingt kdg2 xsgja teringt.mcm peristiwa td ni la.so apa yang kami bole katakan "untung laaaaa perempuan tu".hehhehehehe :D


p/s:tarikh cntik hari ini.11/11/11.ada anniversary sape2 ke hrni? :)

Thursday, November 10, 2011

hari lahir abah.


bismillahhirrahmanirrahim.
Assalammualaikum wbt..

10/11/1958

happy birthday abah!

bangun tdo cari abah,tp abah xde g pasar.abah balik je, jerit dr jauh (ala2 bdk kecik) "abah!selamat hari jadi" (salam dan cium pipi)..pastu ckp kt abah "semoga cepat dpt menntu lg"..hehik.yg ayat ni sbnrnya tuju tuk diri sndri.ngeeee~


abah ngn kakak kesayangan,ucu milah :)



abah with besan n menantu...hee..eh,ngn tok guru.ngeee~

xsambut pape.suma dh blik ke haluan msg2 kt umh ni.hee..hnya doa utk abah..semoga abah pnjg umur,sihat sntiasa,cpt g haji n umrah n dpt anak mnntu,cucu cicit yg soleh n solehah dan abah sntiasa dlm rahmat Allah..amin..i love u so much!bulan dpn kite sambut ye abah ramai2 :)

Wednesday, November 9, 2011

all about us.

bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum..

hari ini hr terakhir berjimba di rumah sebelum sok nk msuk semula ke UIA bg sem baru..haish..3 mnggu dh brlalu.jap je kan. :D..so hari2 last di rumah ni,laksanakan apa tanggungjawab yg perlu sebelum meningglkn rumah tuk meneruskn perjuangan.hahha.geli2 :p

owh yer.saya dpt 4 ekor baby baru.dh berusia sebuln dh.seronok sgt.geram tgok anak2 kucing ni..comel jer.tap tula,kcik2 dh kena kurap,so tiap2 hari saya jadi veterinarian.sapu myk gamat kt depa.sepupu kata musim kurap bg anak2 kucing ni.kucing dier pun kena jgk.dier laaaaagi byk anak kucing.hehe.tp yg pelik,mak depa x kena,anak2 je.


cepat la membeso.leh kiter tdo plok2 plak kan meow.jeles tgok diorg pluk2 :)


yang ni si kecik.dier wjud dulu sblm kehadiran baby2 diatas.so gelaran si kecik dikekalkn.yg ni jdik kesayangan abah.lincah yg amat.

buat aksi gediks.macam tuan dia?eh x,tuan dier x gedik.manja jer :p


ni belang.smlm i bgun2 tdo tgok dier basah kuyup.mn x nya,terjun parit sbb kna kejar ngn kucing jantan.dier ni penakut.so nk xnk,kna mndikn dier.nasib die la kena mndi 2x dlm smnggu.gduh2 sampi colar dier hilang.mn nth..dlm parit kot.dah mndikan dier,dier demam.demam sebab kena kejar or kena mandi lg?both maybe.seelok2nya mndikan kucing 2mggu skali.tp dh mcm ni,tpksa la mndi..


ni ciput.sejak kelhiran baby baru ni,dier xsenang duduk.asyik mengiau jer.xtau la npe.pastu baran plak tu.asyik nk gduh jer.yg jadik mangsa,belang jgk.he.dier tido kt beg tuan dia.xkasi balik.heee..

semalam mknn depa dh habis.so smlm g tesco cari mknn diorg.slalunya i bli brand tesco sbb dier xde campur pewarna.jadi elok tuk kucing2.pewarna kt mknn kucing tu kadang2 yg menyebabkan bulu diorg gugur.lgpun setakat ni dh buat research,dlm byk2 brand,depa suka yg tesco punya.pndai kucing ni pilih.jimat dan berkualiti.bijak mcm tuan dier :P

tapi semalam brand tesco sold out.jadi pilih brand smartheart pasal trnmpk contest menang RM30 riban puss n boots.eceh.kunun nk join.tp mcm biasa.angan2 jela.hehe. :)


Monday, November 7, 2011

kek batik.

Bismillahirrahmanirrahim
assalammualaikum..

hehe.gelak dulu br citer.nk cite pun sogan :D..kek batik.selalu bli jer or mkn buatan org.kali ni 1st time buat.ngeee.memg senang gegiler.campak2 je,kata sepupu.hee

penggemar coklat mcm saya ni,pasti suka kek cenggini..ngeee...oleh sbb 1st time buat,hentam jela guna bahan yg sedia ada.

bahan2:

200 gm milo
1 tin susu pekat
mentega/butter
1 packet biskut merry
serbuk koko/coklat masakan


panaskn mentega,msukkn milo dan susu.kacau sehingga sebati.nk lg kaw ltak serbuk koko.tp koko tarak beli.he

patah2kn biskut merry then gaulkan

masukkn dlm bekas.lapik dengn plastik.senang nk potong nnt.padatkn

msukkn dlm peti ais tuk sejukkn

taraaaa...


yer.saya tau.kek xcntik.hehee..wlupun kek hodoh,tak berseni bak kata sepupu, tapi sedap cm kt kedai,kata adik.xtau la klu dier nk bodek jer.heheheh.



tiada tajuk.

bismillahirrahmanirrahim.
Assalammmualaikum.


yup.memg mudah mencintai seseorang.tapi sukar mencari seseorang yg mencintai kita balik..kalau tidak,jadi mcm pic kt atas ni.bak lirik lagu kump dewa, 'baru ku sedari,cintaku bertepuk sebelah tangan.. :D."..heee..tu sbb org dulu2 kata,berkasih la pada yang sudi....ececeh..

ingin ku suluh bulan nan tinggi
sayangnya bulan disaput awan
ingin berjodoh ya tuan hingga ke mati
sayangnya diri ya tuan bukanlah pilihan.



p/s:neutralkn feeling semula.once again.sigh~

Sunday, November 6, 2011

Saturday, November 5, 2011

Eid-ul-Adha.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum wbt..

selamat hari raya aidil adha buat semua..selamat menjalani ibadat korban...semoga sentiasa di dalam rahmat Allah selalu. :)

comel x ketupat anyaman saya?comel mcm tuannya kan :D (perasan)

Thursday, November 3, 2011

ombak rindu.



tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisi ku

tuhan aku tahu banyak dosa ku
hanya ingat kamu kala duka ku
namun hanya kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku

malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dari ku
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta agung

hujan bawa air mata ku
yang mengalirr membasuh luka ku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku

hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti

tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya

kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisi ku...




broken heart.